Monday 11 July 2011

Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang. Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat , murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.
        Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan  dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata-mata.  Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya.
        Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.
        Ketiga,  guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.
        Akhir sekali, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan.

6 comments:

  1. Etika perguruan amat penting bila kita menjawat jawatan sebagai guru.Rule model la katakan.

    ReplyDelete
  2. Tugas guru pada masa sekarang amat mencabar . Yang penting nawaitu kita untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Negara tercapai . Kita akan mencuba selagi berdaya mengikut kemampuan.

    Tak sejuk ka hujan hari - hari .... Sorry ye... melawak jee...

    ReplyDelete
  3. Kerjaya guru hari ini semakin mencabar.Oleh itu setiap guru perlu berusaha untuk meningkatkan pengetahuannya.

    ReplyDelete
  4. Betul tu... tahap kesabaran juga perlu ditingkatkan.

    ReplyDelete
  5. Tanpa murid, siapalah guru..salmah210222

    ReplyDelete
  6. Jadilah kita guru yang sebenarnya guru, mendidik dan mengajar tanpa jemu.Itulah amanah Allah yang perlu kita laksanakan selagi bergelar guru.

    ReplyDelete