Wednesday 13 July 2011

PELIK DAN MENGHAIRANKAN


Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut dikongsikan sebagai renungan bersama........
·         Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 25 titisan bagi satu perkataan.
·         Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.
·         Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
·         Secara purata, seseorang minum 8000 gelen air sepanjang tahun.
·         Diserata dunia yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
·         Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan huruf D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
·         Setiap tahun Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
·         Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
·         Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakkan luar kawalan.
·         Ketika bersin semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
·         Kerosakan otak akan berlaku sekiranya suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
·         Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia
·         Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
·         Dianggarkan 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.

Monday 11 July 2011

PUISI UNTUK PUAN YUHANIS (Mantan GB SK Air Merah)


Dari sekolah yang tiada nama
Dari guru-guru tak kenal siapa
Dari anak-anak yang nakal belaka
Dari struktur organisasi entah di mana
Dari kerusi meja berselerak merata
Dari padang permainan tiada penanda
Dari kantin sekolah tak berpenjaja
Dikau seru dengan satu bahasa
Satu amanah dimamah bersama
Memugar semak nan merimba
Menyiram minda nan dahaga

Kata mu
Kita ini ibarat pelita
Menjadi penerang di malam gelita
Bukan tempat memuja-muja
Teruskan
Tugas ini amat mulia
Disisi Tuhan dan Rasulnya
Biar mereka mengata-ngata
Biar mereka mencaci-cerca

Lumrah dikau manusia biasa
Ada kala beremosi jua
Menengking mencela sudah biasa
Habislah guru memendam rasa
Entah salah siapa

Ada kala menglipur lara
Membuai nestapa mencuit jiwa
Terhapus rasa melantun tawa
Terkenang-kenang tika tiada

Namun kami guru setia
Visi misi mu tetap terlaksana
Kami sahut seruan bangsa
Kami genggam azimat negara
Kata mu dulu terpahat di dada
Guru pelita di malam gelita
Bukan tempat memuja-muja

Dikau sahabat
Dikau saudara
Dikaulah ketua
Nukilan Hati ~ Anzalina...

Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang. Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat , murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.
        Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan  dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata-mata.  Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya.
        Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.
        Ketiga,  guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.
        Akhir sekali, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan.

Muhasabah Diri (Silalah klik)

Saturday 9 July 2011

Pameran Sains- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim.

Murid sedang melakukan demonstrasi

Murid Mencuba Peralatan Pameran Sains

Masa ni la..bole main doktor-doktor

Rekacipta Murid

Kreatif sungguh budak-budak ni....polistrin pun jadi robot..

Ahli Jawatan Kuasa- Pemeran Sains Sk Air Merah, Kulim.







   

 


 
Sinopsis Jurnal

Berdasarkan kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan di dalam jurnal http://eprints.uthm.edu.my/445/1/Zurina_Yasak_(Dekan2010).pdf, tahap kekerapan penggunaan ICT ataupun perisian Pendidikan Sains di kalangan guru-guru Sains berada di tahap sederhana. Kajian juga mendapati pengaplikasiannya semakin merosot berbanding tahun 2004. Walau bagaimanapun, guru-guru mengakui bahawa penggunaan ICT di dalam kelas terutamanya di dalam subjek Sains dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid melalui  elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang menarik berbanding buku teks. Penggunaan perisian Pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah ini juga diakui banyak membantu murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif selain dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih ceria namun begitu guru-guru seperti tidak berkeyakinan dengan kemampuan perisian yang dibekalkan tersebut dengan kurangnya penggunaan di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang serta ruang untuk menggunakan perisian tersebut secara optimum demi membentuk insan yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan.