Wednesday 13 July 2011

PELIK DAN MENGHAIRANKAN


Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut dikongsikan sebagai renungan bersama........
·         Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 25 titisan bagi satu perkataan.
·         Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.
·         Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
·         Secara purata, seseorang minum 8000 gelen air sepanjang tahun.
·         Diserata dunia yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
·         Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan huruf D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
·         Setiap tahun Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
·         Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
·         Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakkan luar kawalan.
·         Ketika bersin semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
·         Kerosakan otak akan berlaku sekiranya suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
·         Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia
·         Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
·         Dianggarkan 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.

5 comments:

  1. memang pelik jika difikirkan akal...tp semuanya adalah kehendak Allah...tiada yang mustahil... :)

    ReplyDelete
  2. info yang berguna.tak bawa payung la pulak.dah basah kena hujan....

    ReplyDelete
  3. Itulah yang dinamakan Kebesaran Illahi.

    ReplyDelete
  4. Info yang sangat menarik.... Kejadian setiap sesuatu itu ada bersebab.... manusia yang dikurniakan akal dan fikiran yang waras perlu mengkajinya, dengan itu kita akan merasa keagungan dan kekuasaanNya yang tiada bandingan...

    ReplyDelete
  5. memang pelik dan menghairankan.. ianya berlaku kita pun tak terfikir..tapi semuanya kerana kehendakNya...
    menarik la blog ni... tenang ja..cantikk

    ReplyDelete