Monday 11 July 2011

PUISI UNTUK PUAN YUHANIS (Mantan GB SK Air Merah)


Dari sekolah yang tiada nama
Dari guru-guru tak kenal siapa
Dari anak-anak yang nakal belaka
Dari struktur organisasi entah di mana
Dari kerusi meja berselerak merata
Dari padang permainan tiada penanda
Dari kantin sekolah tak berpenjaja
Dikau seru dengan satu bahasa
Satu amanah dimamah bersama
Memugar semak nan merimba
Menyiram minda nan dahaga

Kata mu
Kita ini ibarat pelita
Menjadi penerang di malam gelita
Bukan tempat memuja-muja
Teruskan
Tugas ini amat mulia
Disisi Tuhan dan Rasulnya
Biar mereka mengata-ngata
Biar mereka mencaci-cerca

Lumrah dikau manusia biasa
Ada kala beremosi jua
Menengking mencela sudah biasa
Habislah guru memendam rasa
Entah salah siapa

Ada kala menglipur lara
Membuai nestapa mencuit jiwa
Terhapus rasa melantun tawa
Terkenang-kenang tika tiada

Namun kami guru setia
Visi misi mu tetap terlaksana
Kami sahut seruan bangsa
Kami genggam azimat negara
Kata mu dulu terpahat di dada
Guru pelita di malam gelita
Bukan tempat memuja-muja

Dikau sahabat
Dikau saudara
Dikaulah ketua
Nukilan Hati ~ Anzalina...

12 comments:

  1. Begitulah lumarah.... bila menjadi orang atasan, perlu bersikap tegas supaya orang bawahan akur dan tidak memijak kepala.... namun yang pasti, niatnya hanya satu, iaitu ke arah pencapaian sekolah yang cemerlang

    ReplyDelete
  2. Ibarat sebuah binaan yang kukuh dan teguh.Ketua adalah tiang serinya namun tanpa sokongan lantai,dinding dan bumbung,binaan itu tidak akan terbina dengan sendiri.Muafakat membawa berkat...rasa macam kat oversea pulak...ada snow.Tahniah Cikgu,kreatif!

    ReplyDelete
  3. Jasa yang baik akan dikenang sampai bila - bila ... Bilalah hujan disebelah tu nak behenti ye.... Sorry melawak jee..

    ReplyDelete
  4. tersentuh hati saya ... baru-baru ni GB sekolah saya telah bersara, entah kenapa saya benar2 merasai akan kehilangan beliau. Mungkin kerana sikapnya yang caring dan motherly... p/s apa ceritanya ni cikgu.. ada kata snow ada kata hujan...try tengok blog saya.. kemarau terus...

    ReplyDelete
  5. "Kita akan menghargai seseorang apabila kita kehilangannya.."

    ReplyDelete
  6. Blog yang menarik... Siap ada hujan lagi...

    ReplyDelete
  7. sejuk hati dok tengok blog ni...hujan tak beqenti-qenti...

    ReplyDelete
  8. Ketua keluarga yang baik akan mewujudkan keluarga yang bahagia...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih semua di atas komen-komen yang membina...nak boleh buat air hujan ni pun berpeluh jugak....tapi tak pa, biaq sejuk sikit...tengah dok tension ni...

    ReplyDelete