Monday, 11 July 2011

Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang. Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat , murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.
        Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan  dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan semata-mata.  Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya.
        Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.
        Ketiga,  guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid.
        Akhir sekali, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan.

Muhasabah Diri (Silalah klik)

Saturday, 9 July 2011

Pameran Sains- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim.

Murid sedang melakukan demonstrasi

Murid Mencuba Peralatan Pameran Sains

Masa ni la..bole main doktor-doktor

Rekacipta Murid

Kreatif sungguh budak-budak ni....polistrin pun jadi robot..

Ahli Jawatan Kuasa- Pemeran Sains Sk Air Merah, Kulim.







   

 


 
Sinopsis Jurnal

Berdasarkan kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan di dalam jurnal http://eprints.uthm.edu.my/445/1/Zurina_Yasak_(Dekan2010).pdf, tahap kekerapan penggunaan ICT ataupun perisian Pendidikan Sains di kalangan guru-guru Sains berada di tahap sederhana. Kajian juga mendapati pengaplikasiannya semakin merosot berbanding tahun 2004. Walau bagaimanapun, guru-guru mengakui bahawa penggunaan ICT di dalam kelas terutamanya di dalam subjek Sains dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid melalui  elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang menarik berbanding buku teks. Penggunaan perisian Pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah ini juga diakui banyak membantu murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif selain dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih ceria namun begitu guru-guru seperti tidak berkeyakinan dengan kemampuan perisian yang dibekalkan tersebut dengan kurangnya penggunaan di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang serta ruang untuk menggunakan perisian tersebut secara optimum demi membentuk insan yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan.