Sinopsis Jurnal
Berdasarkan kajian yang dijalankan seperti yang dinyatakan di dalam jurnal http://eprints.uthm.edu.my/445/1/Zurina_Yasak_(Dekan2010).pdf, tahap kekerapan penggunaan ICT ataupun perisian Pendidikan Sains di kalangan guru-guru Sains berada di tahap sederhana. Kajian juga mendapati pengaplikasiannya semakin merosot berbanding tahun 2004. Walau bagaimanapun, guru-guru mengakui bahawa penggunaan ICT di dalam kelas terutamanya di dalam subjek Sains dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid melalui elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang menarik berbanding buku teks. Penggunaan perisian Pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah ini juga diakui banyak membantu murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif selain dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih ceria namun begitu guru-guru seperti tidak berkeyakinan dengan kemampuan perisian yang dibekalkan tersebut dengan kurangnya penggunaan di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlu diberi peluang serta ruang untuk menggunakan perisian tersebut secara optimum demi membentuk insan yang kreatif dan inovatif pada masa hadapan.
Faham la sikit bila baca ni
ReplyDeletebestnya mcm dok makmal sains la..
ReplyDeleteberinformasi....
ReplyDeleteGuru-guru perlu memanafaatkan segala kemudahan yang ada di sekolah masing-masing.....
ReplyDelete