Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Allah, berikut dikongsikan sebagai renungan bersama........
· Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 25 titisan bagi satu perkataan.
· Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.
· Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
· Secara purata, seseorang minum 8000 gelen air sepanjang tahun.
· Diserata dunia yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.
· Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan huruf D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.
· Setiap tahun Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.
· Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
· Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakkan luar kawalan.
· Ketika bersin semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
· Kerosakan otak akan berlaku sekiranya suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
· Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia
· Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
· Dianggarkan 80% haiwan di muka bumi adalah serangga.